Monday, January 27, 2014

Dadah EXO ✌


cinta pertama. kakaka Oh Sehun being Oh Sehun <3>


walaupun incik B ni curang, tape la ai still with you bebeyh. kekeke.  

lastbutnotleast, channie, uri vitamin . always be uri vitamin C. hehehe 

cr pic 

Sunday, October 06, 2013

meroyan

assalamualaikum

aku baru naik sem sebenarnya. doakanlah aku sentiasa rajin dan tak koya. muehehe. sem ni rasanya macam emm entah la aku rasa macam down sikit leww. aadeyyy. note book untuk setiap subjek pon aku pandang remeh. padahal menda tu nanti aku mengigau cari time nak dekat test :( next week ade test pcom. memang tak prepae ape lah kan kalau mood dalam kepala fikir nak balik je sekarang ni :(

waktu cuti sem haritu aku kerja. banyak jugak la aku dapat. tapi sebabkan aku malas nak cari penajaan untuk GOP (memang padan muka aku) , so aku bertekad untuk gunakan duit gaji aku untuk ke korea. total dlm RM3150 sume guna duit aku sendiri. T_T habis macam tu je duit biasiswa aku. so, duit gaji yang aku dapat takboleh la aku nak enjoy, melawa, membazir macam sebelum2 ni. menyesal betei tak simpan duit waktu sem 1- 4 . T_T menyesal sangat wehh. member2 aku pulak rupanya ramai yang kerja time cuti sem 4 tu. so, dorang kaya la ceritanya sekarang.

naik2 sem, dorang semua beli baju baru, kasut baru, tudung baru, seluar baru. baju kalau setakat  1 2 ke takpe jugak. yang paling KILL nye henfon baru. aishhh. tapi majoriti barang memang baru la ceritanya. aku pulak still pakai sandal sem lepas. tudung pulak tertinggal satu beg dekat umah, aku bawak tudung hitam, pepel dgn shawl satu je T_T , seluar jeans lama, dan baju pon memang tak yah cerita la baju sem lepas sume. rasa down gilerrr wehhh. kalau lelaki takpe lagi. tapi sebagai perempuan nak kata aku tak rasa apa2 tu memang tipu la kan. sobs.

takpe la it's okay la kan. aku ingat satu menda je dalam kepala aku sekarang ni, tu rezeki dorang, aku takde rezeki nak buat cemana kan. sabar je la sepanjang 2 minggu waktu baru2 masuk tempoh hari. tunggu duit biasiswa masuk, aku belanja la sikit2 beli kasut satu, seluar pehtu baju. tu je la. lepas ni tak leh nak belanja dah . korea punya pasal kan. hmmm

yang lagi menambahkan kedown-nan aku sem ni ialah aku tak pernah lagi rasa betul2 sihat sejak naik sem ni. dimulai dengan bengkak kat leher. gigi sakit. pehtu pipi kanan bengkak. sobss. banyak betei dugaan sem ni.

tetapi masalah besarnya sekarang aku mempunyai keinginan yang tinggi nak beli motor. nak amek lesen lagi. duit nak belanja kat korea lagi T_T kalau aku beli motor nak bayar bulan2 memang kena ikat perut la. tak pon memang tak cukup. nasib baik la tak bernafsu nak beli henfon baru. walaupun. hmmm. lesen keta memang kena amek sem ni atau sem depan kalau tak L mati T_T. so, kejap lagi aku nak buat baget cukup tak duit aku. sobs. kbai.


sebelum tu aku kena serapkan seberapa semangat yang positiff. amin. wish me luck !