assalamualaikum
aku tau aku tamak. hikhik. dua post dalam satu malam. rajin nye makcik ni. awwww.
sebab mood malam ini agak positif, dan baik. aku rasa sebab setia hujung nyawa punya episod hari ni dorang dah berbaik kot. sebab tu mood aku agak berbunga walaupun hadi dah nak pecahkan tembelang. cis cis cis. entry ni sebenarnya aku cuma nak tulis azam di sini yang secara umumnya aku nak jadi insan yang lebih berfikiran positif. ceewahhh. hikhik. nak tulis dalam buku malas nak menulisss. nak tulis dekat twitter , ahh tuiter dah busan. blergh.
untuk mencapai impian yang murni ini, haruslah ada beberapa tips. maka yang pertama aku nak istiqamah dalam beribadat. insyaallah. aku ngaku iman aku agak kucar-kacir. kejap rajin kejap malas. aisehh. marilah kita ambil masa yang masih diberikan oleh Allah ni untuk menghayati ciptaanNya kan? cara senang nak dapat pahala dalam solat bagi aku, solat awal waktu, kalau tak lagi senang solat berjemaah kan? bende ni la paling susah aku nak buat. aku ngaku. tapi insyallah aku akan cuba sedaya upaya. insyallah. heee.
kedua aku nak kurangkan masa online kecuali time tengah cuti skrg ni la kan. aku tak kerja maka apa lagi harus aku buat. online la kan? heeee. maksud aku waktu belajar laaa. nyah dah tegur aku banyak online sem lepas. dah tu result menurun. test dan final. ish3. sem lepas aku taktau la ape bencana yang aku hidapi sampai malas yang teramat amat. nak pikir pon malas, nak makan rajin. haaa. study jgn cite la malas gilozz, cara aku nak kurangkan online waktu nk dekat exam haritu aku gantikan dengan tidor. hahaha. banyak gila aku tido. sampai kantoi dengan family, depa call aku aaku tidor, dorg nak datang utm hritu pon, aku baru bangun tidor, nyah datang haritu pon aku tengah tidor. haaa. memang obvious gileee.
dan cara nak kurangkan online ialah aku nak banyakkan berjoging or jalan-jalan. sem depan aku takde kelas petang. tapi aku rasa mcm petang tu memang aku tido je la kan sampai maghrib. heh.
ketiga aku taknak menyusahkan orang lain. insyaallah. hee. tapi kalau ajak kawan teman pergi turun makan tu menyusahkan tak? aku sedih laa. ada sesetengah member aku yang taknak makan, sanggup makan biskut, maggi sebab malas turun bawah. kalau sekali sekala takpe, kalau selalu. hmm aku yg sedih nnti. takde orang nak ajak makan. wuwuwuwuu. sem depan ni nnti macam ramai je akan ikat perut kan? semata sebab GOP . ottoke/ aku nak je mintak kat bos, tapi aku segan. hmmm. pergi ke tak pergi ke tak?
salah satu nak jadi org yg positif bg aku kan, kawan dengan orang yg positif jugak. yang sentiasa ajak kepada kebaikan kan/ insyallah. will do. aku taktau nape sem lepas aku jadi senang sangat down. terasa hati dengan orang pon senang. kecik hati dengan orang. merajuk. hurm. dan aku dah jumpa cara terbaik nak elakkan benda ni. walaupun takde la berkesan sgt. heee
lepastukan bagi aku, jangan asyik sangat luahkan perasaan kat tuiter terutamanya. aku nak kurangkan main tuiter nanti. heee. kalau aku mampu lahkan. macam tak manis kan gadis2 comel marah marah dekat tuiter eh sejak bile ioll jadi baik ni. muntah sekrang. hahaha.
dalam masa 4 tahun lagi iaitu waktu aku dah berumur 25 tahun aku akan make surekan aku dah capai benda2 ni. sebab aku habis belajar 2015 kan? umur 23 thn. okehh..
sebijik kereta sebijik motor.
aku dah jadi engineer mcm akak aku.
aku dah pergi USS.
aku dah sampai sabah atayu serawak.
aku dah sampai sabah atayu serawak.
aku dah naik broga untuk kedua atau ketiga kali.
aku dah simpan duit rm 10k paling kurang.
aku jadi lebih smart dan berkerjaya.
kitorang dah belikan apak sebijik kereta.
by umur 30 aku dah ade rumah sebijik.
untuk mencapai semua ini aku haruslah menjadi lebih rajin dan fokus. hwaitinggg.
1 comment:
nebes giler baca target awak ni..haha. sy pun nak sebijik kete sebijik moto lah abis study. nk g uss gak.nk 10k gak. hehhe
Post a Comment